Murid-murid telah diminta berkumpul di foyer.Mereka telah dibahagikan kepada kumpulan. Setelah kehadiran mereka diambil oleh guru kelas,
mereka diarahkan pergi ke kelas-kelas yang telah
ditetapkan.

tempat P&P untuk Kem Bestari Solat ini. Kelas 4 Boria telah ditempatkan di Pusat Sumber Sekolah.
Guru Perpustakaan & Media, Pn. Kamariah telah
dilantik sebagai Fasilitator untuk Kelas 4 Boria.
Mereka telah diajar tentang Azan, Iqamah, Doa selepas azan, bacaan Tahiyyat Akhir dan Doa Qunut.
Setiap orang telah diminta membaca dan menghafal bacaan-bacaan yang telah diajar.
Murid-murid sedang khusyuk menghafal bacaan-bacaan yang telah diajar oleh guru.
Murid-murid sedang menumpukan sepenuh perhatian
kepada guru yang sedang mengajar.